PENCARIAN

ANDA

BERAKHIR

DI SINI

Kami menyediakan perkhidmatan pembinaan website pada harga yang sangat-sangat mampu milik. Menjadi batu loncatan untuk anda meningkatkan jualan. Harga yang kami tawarkan adalah harga all in tanpa apa-apa kos tersembunyi.

Walaupun harganya rendah, kualitinya tetap separas dengan yang lain. Kami pastikan laman web anda menarik, responsif dan dapat dibaca dengan pantas tanpa perlu menunggu.

Adalah menjadi harapan kami agar dapat membantu lebih ramai peniaga kecil atau baru bermula untuk berdiri sebaris dengan pesaing mereka. Anda tidak sepatutnya ketinggalan hanya kerana anda tidak mampu mendapatkan website yang mahal. Anda juga tidak sepatutnya ketinggalan hanya kerana anda rasa anda tidak mampu bersaing.

Covid-19 masih di sini,
bisnes anda masih belom ada website?

DIBUKA 24/7

Kedai dibuka setiap hari  7 hari seminggu sepanjang masa

Setiap peniaga tidak mungkin mahu ketinggalan dalam mendapatkan jualan. Kalau boleh, Whatsapp dari bakal pelanggan pukul 3 pagi pun nak dijawab. Tapi mampukah anda untuk menjawab setiap panggilan dan Whatsapp tanpa mengira di mana anda berada dan apa saja situasi yang sedang berlaku?

SISTEM PEMBAYARAN ONLINE

Bayaran secara online yang profesional melalui ToyyibPay

Sistem pembayaran online sudah lama berada di pasaran. Ia juga sudah diterima sebagai cara pembayaran yang lebih baik, cekap dan meyakinkan pelanggan. Platform pembayaran online seperti ToyyibPay akan membuatkan pelanggan lebih yakin dan menaikkan tahap kepercayaan mereka kepada anda. Ia menunjukkan anda adalah seorang yang memang serius nak berniaga dan bukan setakat cuba-cuba sahaja.

MUDAHKAN PROMOSI

Lebih mudah untuk buat promosi tanpa perlu post gambar yang banyak dan berulang

Dulu peniaga online yang benar-benar serius berniaga pasti akan ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 handphone. 1 untuk kegunaan peribadi dan 1 atau 2 lagi untuk bisnes. Terpaksa guna banyak handphone sebab nak beriklan sejam sekali dalam 500 group Whatsapp, 500 group Telegram, 500 group Facebook, tu belum kira post di Instagram dan Twitter lagi. Sampaikan kadang-kadang ada Whatsapp dan pertanyaan yang lupa nak dijawab.

LEBIH MEYAKINKAN

Website menaikkan kredibiliti perniagaan anda 

Bila anda berada dan boleh dilihat online, bakal pelanggan akan lebih yakin bahawa perniagaan anda adalah sebuah perniagaan yang sebenar dan bukan setakat hangat-hangat tahi ayam saja. Website yang dikemaskini juga akan memberitahu bakal pelanggan bahawa anda masih lagi kekal berniaga, mengambil berat pasal perniagaan dan sentiasa ada serta mudah dihubungi.

Walaupun kami berikan kepada anda website dengan harga yang murah, itu tidak bererti kami menggunakan teknologi yang terkebelakang. Kami menggunakan platform WordPress iaitu platform pembinaan website nombor satu di dunia.

Kami juga mengunakan pembina website tercanggih masakini iaitu Elementor Pro. Ianya mampu memberikan sebuah website yang lebih responsif dan mampu memaksimakan pengalaman pembaca di semua peranti dari komputer hingga ke handphone.

PAKEJ 1
1280

5 pages WEBSITE

1 Domain Name (.com)

1 Year Hosting (2GB Storage)

50GB Monthly Bandwith

Dynamic Website

Responsive Template Web Design

Themes – Modern Style & Mobile Responsive

Website Security SSL

Free Content Addon

Media Social Link

Contact & Feedback Form

SEO/Google Rank Optimized

Image Gallery

Video Gallery

Full Support

PAKEJ 2
1680

10 pages WEBSITE

1 Domain Name ( .com)

1 Year Hosting (3GB Storage)

100GB Monthly Bandwith

Dynamic Website

Responsive Template Web Design

Themes – Modern Style & Mobile Responsive

Website Security SSL

Free Content Addon

Media Social Link

Contact & Feedback Form.

SEO/Google Rank Optimized

Image Gallery

Video Gallery

Full Support

E-COMMERCE

ToyyibPay Payment gateway

SILA PILIH PAKEJ ANDA

Antara laman web yang telah kami jayakan

https://xtechrm.com/
https://kerusingaji.com
https://tintamas.xmrsmj86.com
https://ifrac.com.my/
https://stcs.my
https://quintech.com.my
https://group-p3.us/home/
https://shahperodua.com
https://acetalents.com.my

SILA PILIH PAKEJ ANDA

SOALAN YANG BIASA DITANYA

Biasanya di antara 7 – 14 hari bergantung kepada berapa cepat anda memberi kami isi kandungan dan gambar yang hendak dimasukkan ke website anda tu

Ya, anda perlu memberikan kepada kami detail isi dan gambar yang hendak dimasukkan ke dalam website anda.

Ya sudah tentu boleh, anda boleh update website anda dengan berita, promosi dan gambar-gambar terbaru.

Untuk perubahan lain pula, kami akan beri anda kelas percuma dan bimbing anda selama 30 hari untuk melakukan kerja-kerja editing. Untuk perubahan teknikal, kami akan lakukan untuk anda

Gambar yang anda nak masukkan tu sebaiknya mestilah gambar yang jelas tidak kabur dan blur.

Gambar sebaik-baiknya dalam format PNG. Saiz gambar hendaklah di antara 200kb – 500kb. kalau saiznya kecil sangat nanti orang tak nampak pula dan kalau besar sangat, lambat pula dia nak loading.

Jangan risau, kami akan bantu anda untuk mendaftar dengan ToyyibPay tanpa apa-apa bayaran tambahan

Kami akan letakkan butang untuk bakal pelanggan anda tekan yang akan membawa dia terus ke Whatsapp anda

Tiada bayaran lain selain dari apa yang dinyatakan dalam pakej. Semua plugin yang diperlukan untuk membina website seperti yang dinyatakan di dalam pakej sudah termasuk dalam tu.

Tapi sekiranya anda inginkan ciri-ciri tambahan yang tidak dinyatakan di dalam pakej, kami akan berusaha untuk mendapatkannya secara percuma. Kalau yang percuma tak ada, kami akan maklumkan kepada anda dan anda boleh memilih untuk mendapatkan plugin yang berbayar

Sekiranya anda ingin mendapatkan page tambahan lebih dari apa yang dinyatakan di dalam pakej, ianya boleh dilakukan dengan bayaran RM150/page

Jangan risau, sekiranya anda memerlukan bantuan, kami akan bimbing anda cara untuk setting dan upload produk ke website. Semua ini kami lakukan tanpa apa-apa bayaran tambahan.